Monday, November 23, 2009

Kurang dari sebulan




InsyaAllah saya akan melangsungkan majlis pernikahan saya pada Jumaat, 18 Disember 2009 bersamma 1 Muharram 1431H di Masjid Al Mustaqqin, Meru Height, Ipoh. semoga perjalanan majlis akan lancar dan diberkati-Nya InsyaAllah Amin

Wednesday, October 21, 2009

Bahagia?

Assalammualaikum. ...

pada saya ...nobody is perfect in this world...hubungan suami isteri + anak akan bahagia sekiranya ada ciri2 dibawah ;

1) Iman di hati
2) memahami antara satu sama lain
3) jujur & ikhlas
4) saling membantu
5) sayang menyayangi
6) hormat menghormati
7) murah hati / tidak kedekut / tidak tamak
8) bertanggungajawab
9) gurau senda
10) menghargai

bila ada ciri2 tersebut...takkan ada soal kecurangan.. ..serta tekanan samada suami @ isteri+anak. ..kerana bila ada iman dia hati...kita akan fikir yg mana baik & buruk...mengajar satu sama lain tentang hal agama...bila memahami antara satu sama lain..maka takkan gaduh.. bila hati kita jujur & ikhlas..maka kita akan mempercayai suami+isteri+ anak...bila saling membantu takkan terjadi sifat berkira....bila sayng menyayangi.. .takkan cari yg lain..dan akan menjaga dgn baik...bila murah hati...tak kedekut...rezeki pun murah...hati pun tenang...bila bertanggungjawab. ..suami isteri + anak hormat pada kita...dan hidup ini tak lengkap klu takde gurau senda....bila menghargai satu sama lain..maka akan saling hormat menghormati. .. barula bahagia....

Saturday, August 22, 2009

andai ku tahu




andai kutahu...engkaulah permataku, xperlu aku megejar kaca palsu. Kau memenuhi impian hidupku... engkau mampu bahagiakan ku, memenuhi serata yang kosong. engkau tidak kenal apa jemu melayani karenahku, engkau terbaek terbaek buatku yg serba kurang. Engkau Ku Mahu sehingga bila dunia terpadam hingga ke menjejak kedala syurga Firdausi. Amin

Tuesday, July 28, 2009

Laknat pada pengutuk

Salam

Aku tau ade "pengecut" yg suka mengutuk kelebihan yg kami ada. Dgn tidak menamakan pekerja sebuah hospital swasta, bahawa aku tidak akan memaafkan kamu sehingga hari akhirat.

Friday, March 20, 2009

Friday, February 27, 2009

Hargailah isteri anda......

Salam

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah, Tapi bila dah habis cuti tu... layanlah suami...”offer" lah pada suami, Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu (lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "
Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ....namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini..
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

Sunday, February 22, 2009

Hukum Isteri Meleteri Suami ......




Assalamualaikum


Hukum Isteri Meleteri Suami ......


" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis?


" Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.


" Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?


" Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


Jadi kepada pasangan yang berumah tangga tu...lu pikir lah sendiri

Saturday, February 21, 2009

Dayusnya Suami...



Salam

dipetik dari zaharuddin.net

SECARA mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati olehlelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahuibersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya dipejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanyaterlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaansepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atauteman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumahkononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan danisteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor,gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkankecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukandengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidaksekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup auratdengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki laintanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya darilemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelakitanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktorlelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktorwanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelakisepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Membiarkan anak-anak serta isteri mewarnakan rambut dengan warnamerah yang bukan warna asal kurniaan Allah.

p/s wahai isteri/anak perempuan/wanita..bantulah sang Adam menjadi terbaik... kamu-kamulah syurga duniaku!

Sunday, February 1, 2009

Berbedanya Lelaki & Wanita..

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, January 28, 2009

Isteri di dunia adalah sang bidadari

Salam
Sejarah tertulis beribu tahun dahulu, anak Nabi Adam A.S Qabil membunuh Habil. Kerna seorang perempuan! Semua berpunca Si Qabil tidak puas hati kerana Si Habil lebih berhak mengahwini Iqlima yg lebih cantik! Bermula dari peristiwa itulah lelaki membunuh lelaki kerana berebutkan perempuan!
Aku pernah jelak dimana seorang lelaki cuba menjadi Habil hendakkan isteri aku masa dulu. Sudah terhegeh2 macam lelaki sangap. Lantas pantas aku cantas, biarpun terbias rasa panas, dan aku bertindak ganas! Pang!!! Makan pelempang Si Habil tu, cuma aku bukan Si Qabil menjadi mangsa, mungkin lebih kepada menjadi pelindung dan penguatkuasa cinta! Bagi aku, isteri di dunia adalah bidadari yg terpelihara kesuciannya. Tak layak lelaki lain senang2 nak sentuh. Suamilah penjaga, pengawal, & pengawal pada si isterinya!
Mereka juga akan melahirkan pejuang2 Islam Mujahiddin Fi'sabillillah pemegang panji2 Islam. Seindah mana bidadari syurga, takkan terlawan pengorbanan isteri anda itu. Bidadari surga ketika waktu senang, bidadari dunia si isterimu adalah pendorong sewaktu susah & senang. Cintailah cinta mereka!

Monday, January 26, 2009

Berapa Gaji Untuk Isteri?

Salam
Tanak nasi, masak lauk sedap sampai terkecur liur suami, basuh baju, seluar ,spender renoma atau cap buaya, mengandung tak ikut jadual ( akibat suami lambut cabut ), menetek, mengasuh, membimbing...bla bla bla... Ha sang suami bape nak bayar gaji? Yelah gaji tu nafkah lah, nafkah zahir... RM RM RM

Biasanya suami ikut budget bulanan dgn memberikan sekian jumlah, mcm org Lembah Kelang agak mahal kosnya. Mungkin ikut jumlah kos bahan basah nak masak mcm RM300 sebulan. Itupun xcukup kalau dikira nak support isteri utk duit minyak hantar & ambil anak ke sekolah, so up la skit lg jd lah rm555. Senang je nk bagi gaji, bagi saja SEPARUH gaji bulan anda pada isteri. Yakinlah isteri anda yg telah ijab kabul itu adalah rakan kongsi terbaik! meraka terbaik utk memilih bawang, garam, ikan selar, beras Cap Rambutan yg dibeli samada di Balaji, Giant, Maydin atau kedai Sem Ah Yep...drpd lelaki yg memilihnya.

Lelaki sah2lah bakal membelanjakan duit gajinya selepas bayar utiliti bulanan yg mcm2 termasuk pinjaman peribadi CIMB Bank utk sewa pelamin yg da masuk 3 tahun bayar ansurannya! Itu belum kita salah belanja dgn benda2 yg bukan termasuk rokok! Selamatkan lah gaji anda pada isteri tersayang! Mereka bukannya nk duit sgt duit anda tu wahai suami, mereka cuma nak jalankan tanggungjawab memastikan ade lauk dan nasi tersedia diatas meja makan jenama Singer anda tu. Bagi lebih sikit gaji dapatla makan sedap mcm Tom Yam Tom!

Jangan lupa bonus kesetiaan ( dah sah2 bini anda setia ) dgn membawa berjalan diseantero dunia. Kalau xpun bawak jelah ke Jalan Masjid India yg sudah pasti isteri anda nk beli apa.! Jgn biarkan isteri anda bersama anak lima org duduk melangok kt umah tu. Entertain lah skit, ! Jgn berkira pd isteri, selayaknya isteri tu mogok xnk buat keje rumah klu suami tak pandai menghargainya! Yelah, siapa lagi yg patut menghargai & dihargai?

Gaji terbaik untuk isteri ialah:
1.Kesetiaan
2.Bimbingan
3.Sedikit wang untuk terus hidup bersama...!

dan itulah gaji termahal daripada suami untuk isteri..

Monday, January 19, 2009

Lagu Untukmu




Bila Angau Nak Kat Awek/Balak:
Pupus - Dewa 19

Bila Jatuh Cinta :
Truly Madly Deeply - Savage Garden

Bila Kantoi Curang :
Ketahuan - Matta

Bila Pujuk Awek Jangan Clash
Jangan Lafazkannya -KRU

Bila Nak Ajak Clash:
Lagu Untukmu- Meet Uncle Hussein

Bila Dah Clash:
Fuck It ( I Don Want You Back ) Eamon

Bila Menyesal Buat Hal Kat Bini:
Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Bila Nak Bekas Awek Orang:
Ku Tunggu Jandamu - IrwanSyah

Thursday, January 15, 2009

Hantaran Oh Hantaran



Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.“Permudahkan, jangan dipersulitkan”Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957.


wahai gadis2 duluar sana? berapakah hantaran anda?

Wednesday, January 14, 2009

Dapur Dan Masakan Isteri

Makanan terbaik adalah drpd masakan isteri. Pd lelaki yg belum berkahwin makanan terbaik adalah drpd ibunya. Sehebat mana pun Chef Wan memasak sambil berceloteh mengalahkan ibu2 di dunia ataupun se"stylo" manapun Chef Jamie Oliver bermain pisau dan kuali memasak "western food", suatu hari nnti masakan isteri anda lah yg ter"best giler". Cuba anda fikirkan wahai suami yg selalu megeluh bosan pabila si isteri memasakan masakan yg sma saje setiap hari, mereka2lah syurga anda, mereka2lah memenuhkan nafsu perut anda. Masakan mereka adalah terbaik-terbaik! jgn lah mudah melatah mengutuk resepi ajaib isteri anda. berilah galakan, spt menyediakan buku resepi terbaru, belikanlah pisau baru, garfu, paling tak pun pinggan baru. Klu tak mahu beli pinggan baru, maka anda belilah ubat gigi atau sabun baju Daia yg selalu memberi pinggan percuma. Isteri mudah gembira pabila suami beri galakan walaupun memberikan pinggan free! Percayalah. Lainlah isteri anda mmg batu belah yg tak reti memasak dimana makanan kegemarannya masakan dari mamak mapley. Sebab itulah org tua kata, ikat suami pada perutnya, supaya suami jgn "makan luar!" Bukankah si isteri jugalah yg mampu memanjangkan umur suaminya dgn mempersembahkan masakan yg berkhasiat. Dan jika pun isteri bencikan suaminya berikanlah masakan yg boleh mengundang penyakit!




Mungkin itulah senjata perempuan yg terbaik, itulah sering kita dengar org cakap, sebagus manapun perempuan belajar dan bekerja, tempatnya tetap didapur! Wahai isteri, jgnlah kamu pula perkecilkan kemampuan dapur anda, dapur anda adalah kehidupan dan dapur anda adalah transit ke kubur!

Monday, January 12, 2009

Terhampeh adalah terbaik!

Do you love your mate? Did you? Serius?? jika benar baguslah, teruskan menyintainya sehingga hujung nyawa. Perempuan dilahirkan bersama kelemahan utk lelaki perbaikinya. Perempuan serendah manapun darjatnya, pabila dia menjadi ibu, dan mengasuh ananya, tarafnya sgt tinggi. Perempuan mudah masuk syurga, menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadan dan taat suami, makan perempauan boleh masuk mana2 pintu syurga yg dia mahu. Janganlah suami perlekehkan isterinya. Terhampeh adalah yg terbaik. percayalah suami, didiklah dgn baik isteri anda sbgmn anda didik diri anda. Slow but sure. perempuan ekeras mana pun tetap akan tunduk pada suami yg paling berlemah lembut pd isterinya. Mereka tidak hampeh melainkan suami mereka yg hampas! Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami yg menggigit lidah isterinya dimalam hari. Apakata hari ini anda berdua pegi berjalan membeli buka maskan, kemudian masak bersama dan buatlah makan malam berlilin. Tak perlu ke restoran mewah, cukuplah dapur anda yg sesempit-sempitnya itu tmpt anda makan malam bersama. Itukan kenangan terindah.

p/s I miss u ayang. mask sedap untuk abag ye, masak ketam tau!

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009M dan selamat menyambut Maal Hijrah 1430H. Semoga tahun ini lebih memberikan cahaya petunjuk yg lebih jelas dari tahun2 yg lepas. Moga kita dilimpahi rezeki yg halal, kesihatan yg baik, kasih syg sesama keluarga dan ummah.